Wednesday 23 March 2016

Dua jantina

Assalamualaikum..

Betul ke yang aku selalu dengar, kalau orang pompuan pergi bengkel untuk betulkan motor/kereta/lori, diorang akan paw kiteorang ni mahal?

Well,  aku pernah beberapa kali kena. Nasib baik aku ni suke tanye dulu. Pastu lepas tanye, aku suka tanya balik dengan adik lelaki aku. Sebab dia lg pro asbestos pasal permotoran ni.

Pastu kene marah dengan adik sendiri, sebab bila aku tanya, memang mahal giler. Pastu bila adik aku tanya sendiri, kat kedai yang sama, boleh pulak die bagi adik lelaki aku harga yang jauh lebih murah, berbanding harga yang aku tanya.

Contoh:

*tayar motor biasa (wave 125) taukeh tu paw aku rm60.

*tayar motor biasa (wave 125) harga bila adik aku yang tanya : rm40-rm35

Kau nampak betapa cekik darah owner2 yang nak pergi haji cepat ni ha.

So girls, beware. Same goes dengan betulkan kereta jugak. Kalau kau jenis bukan expert pasal pricing semua ni, seelok eloknya kau bawak la lelaki yang expert sikit bab2 ni.
Kesian wo kena tipu harga. Banyak pulak tu.

Kalau girls ni ada yang jenis memang tahu pricing2 ni semua, tak salah kalau nak pergi sendiri. Nasihat yang aku bagi ni untuk wanita yang mudah tertipu, macam aku. Ahahahahah

For owner / taukeh / abang / akak yang selalu buat aktiviti yang tak sihat ni, sudah2 lah. Kang kat akhirat mau dituntut. Hmmmm

Dah malas nak bagi nasihat panjang lebar. Dah besar dah kan. Boleh pikir.

Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment