Wednesday 29 April 2015

Kegemaran (Part 2)

Assalamualaikum

Sambungan (Kegemaran 2)

Untuk pengetahuan korang, ramai kawan2 aku cakap yang kegemaran aku ni PELIK. Aku? bila dengar kawan aku cakap mcm tu? Berdekah2 aku ketawa. 

Aku jawab:
"Eh suka hati aku lah." (sambil korek idong)- harap korang percaya :D

Bagi aku, setiap orang lain2. ada orang suka makan Chicken Chop, tapi ada orang tak suka makan Western food. Ada orang suka makan belacan. Ada orang, bau belacan pon nak terbelahak muntah. Gitu. Tapi so far kawan2 aku very supportive. tak ada marah. Cuma diorg marah bila aku bukak lagu hindustan kuat-kuat, pastu aku pegi mandi, tinggalkan diorang dengan lagu camtu. Ahaks :D
(Trimas korang)


Makan


Yaaaaa. Makan. Ayam Gorengggg (KO ingat upin ipin ke)
Big Eater la katakan. 
Aku anak kampung. JAdi opkos la aku suka makan makanan kampung. tapi tekak Putri Ratna Gumilah Sari aku ni kekadang boleh terima makanan Western jugak. Tapi selalunya makanan kampung jadik pilihan raga. Especially TEMPE (maklumah, I Jawa :D)

(kau bohong kalau tak terliur)
Sumber: Mak Google





Sebab aku belajar kat Sarawak, seronoklah mencuba makanan terbaru dan terbaik. Kat sini aku nak cerita pasal PISANG CHEESE

Sumber: Mak Google


Sejak due menjak ni kalau korang perasan, memang demam pisang cheese kat semenanjung kan? ekceli, kalau korang nak tau, kat Sarawak ni memang dah femes pisang cheese ni kau tau? tak caye? kau tanyalah student-student yang study kat Sarawak. tak pon orang yang pernah datang Sarawak. Aku tak taulah sape punya pencetus idea nak buat pisang cheese ni, tapi yang aku tau, pisang cheese ni memang dah femes dulu kat Sarawak. Sebab tahun ketiga pengajian aku kat Sarawak, barulah pisang cheese ni kecoh kat semenanjung (Maafkan beta kalau tersalah. Jangan sentap k :))

Tapi makanan kan, memang xde copyright. Cuma sedap ke tidak je la. Hmm...

Selain pisang cheese ni, aku dah makan Ayam Pansuh, Umai Obor-Obor (Thorbaikkkkk) dan macam-macam lagi lah. sori takde gambar nak tunjuk.


Entry akan datang aku nak cerita Travel aku sepanjang aku kat Bumi Borneo ni. 

Stay Tuned

Selamat tinggal bungaku...



                                                                                     Yang sedang-sedang:
                                                                                  A. Rabbiatul

Tuesday 28 April 2015

Kegemaran (Part 1)

Assalamualaikum

Como Estas? Kalau nak tau, itu maksudnya Apa Khabar dalam spanish. Tak gitu? Untuk pertama kalinya aku nak berkenalan dengan anda-anda semua ni, opkos la aku pon kene kenalkan diri aku ni. jadi kiranya hari ni memang hari yang indah lah untuk kita berstory morey ni. (taknak kenal takpe)

Nama: Nur Rabbiatul Addawiya
Umur: 24 (Dah tua kekkk)
Bulan lahir: September (Sweet/Bitter Sept)
Hobi: Melangok (Sape same hobi, sep sikit)
Angan-angan harap jadi kenyataan: Buka ladang ternakan sendiri (ko tengok tu rembo ke tidak aku ni)

Sememangnya manusia dicipta untuk beribadat dan patuh kepada Pencipta. tak terkecuali aku. masih struggle untuk jadi muslimah yang terbaik. Amin :)

Aku ada minat. kan ni sesi beramah mesra kan? aku pon nak beramas la dengan cerita aku ni.


Movie:

Aku memang peminat movie. tak kiralah English ke, Tamil ke, Bollywood ke, aku belasah cukup-cukup. tapi selalunya aku memang hard fans Bollywood film. Cakap je movie apa. aku boleh jawab dengan megah dan gagahnya. :D 


Antara movie feveret aku: 

Sangam


hahahaha. kemain. Tengoklah banyak kali. Tangkap leleh sey. 

Aku suka tengok citer lama2 macam ni. bagi aku cantik diorg tu natural. ada lagi satu..

Pakeezah


Ahaaaa. Movie ni pon best. Cubalah. Anda pasti teruja!

Sekarang ni memang banyak filem2 hindi. Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan (motip). kene pilih yang elok2, sebab kebanyakan filem hindi sekarang semakin berani tunjuk aksi ranjang yang sangat teruk. (Percayalah nak, percayalah)

Sambil taip ni pon aku tengah dengar lagu hindustan. kau hade?
(Chand Sifarish- Fanaa)

Aku suka kelainan. Bende orang kurang minat, tulah yang aku minat. Lagu orang pelik nak dengar? Yes, that more I like it.






Lagu. 


Ada tak sesape yang pernah dengar lagu dari negara Lubnan? Tak pernah? You should try it!

Nancy Ajram

Nancy Ajram ni antara penyanyi paling femes kat Lubnan. Cantik, suara pon sedap. Tapi dia buat plastic surgery :D but why not kalau suara dia sedap di dengar (determination) :D

Try this:
Sumber: Youtube

P.s : Halwa pendengaran semua lain-lain. Sedap pada aku, tak semestinya sedap kat telinga korang jugak.






Elissa

Suara dia memang best.



Try This too:

Sumber: Youtube

For your information, Lubnan ni memang ramai orang buat plastic surgery. Dulu Timur Tengah pernah dinobatkan tempat buat plastic surgery yang terbaik di dunia. Tapi sekarang, tempat tu dah diambil oleh negara lain, and you know which country is that. :)


P.s sekali lagi: Halwa pendengaran semua lain-lain. Sedap pada aku, tak semestinya sedap kat telinga korang jugak.

Penat mak taip. sambung nanti boleh tak? 



Selamat tinggal bungaku...

Assalamualaikum


                                                                                                                   Yang sedang-sedang:
                                                                                                                A. Rabbiatul