Thursday 13 October 2016

Sendu hati

Assalamualaikum

Pernah tak dengar kata orang tua yang bunyi dia macam ni-

"dekat bau busuk, jauh bau wangi"?

Aku bukan nak memburukkan orang, tapi aku nak luahkan jugak. Berapa lama rasa hati aku ni terpendam sebab nak jaga perasaan orang. Setiap mak mesti akan ada anak kesayangan. Ye. benda tu betul. Kau sangkal lah banyak macam mana sekalipun, perasaan ni tetap ada. Aku tak rasa yang aku sorang je yang alami benda ni. Aku yakin ramai orang kat luar sana rasa perasaan ni.

I am a degree holder from one of prestige university at Malaysia. I giving up my career. I throw away my ego. I stab my dreams. Just because I want my mom's so called REDHA. But I didn't realize how hard it will be. Untuk orang yang tanya "kau nak menyalak apsal. Kau kerja je la jauh2. Mngu2 kau balik lah. - ni jawapannya : mak aku tak benarkan aku kerja jauh dari rumah, sebab dia ckp xde sape nak jaga dia kat rumah.

I bring my mother to hospital for check up every month. I pick the medicine every month for my mother. I bring her to market. I took a good care of her. I cook for her. I throw rubbish everyday for her. I clean up house for her. I send my sister to school everyday for her. I pick up my sister from school everyday for her.

Rasanya mesti korang rasa:

"eleh, macam ni pon kau nak mengamuk tak tentu pasal. "

"mak ko dulu buat benda ni untuk kau, ilek je. Xde ngungkit2 dengan kau. "

Honestly aku tak kisah. Aku xkisah kena buat semua tu untuk mak aku. Sikit pon aku xpernah ungkit dengan mak aku directly. Bahkan aku rasa bahagia buat benda yang bahagiakan mak aku.

Tapi kadang2, aku perlukan sedikit curahan penghargaan pada aku.

Aku nak bila aku demam, mak aku hulur tapak tangan kat dahi aku, "eh panas nya kak, mak amik ubat eyh. Makan tau".

Aku nak bila buasir aku datang sebab aku ni selalu sembelit dari kecik, mak aku sebuk2 carik ubat kat kedai utk aku.

Aku nak bila aku cakap aku sakit, mak aku tak potong cakap aku, tukar topik lain.

Aku nak bila aku buat semua yang mak aku nak, mak aku ckp "Terima kasih kak"

Aku akan dengar perkataan terima kasih tu bila aku gaji, dan aku bagi dia duit bulanan. Hari tu dia akan layan aku baikkkkkkkkk. Esok, dia akan buat aku mcm biasa.

Bila adik aku balik dari study (padahal dekat je pun study. Minggu2 balik),  dia akan layan adik aku macam putera raja. Bila aku ade tak puas hati dengan mak aku, mak aku akan mengadu dengan adik aku.  So adik aku akan marah aku. Aku cuma diam, masuk bilik. Pastu menangis.

Belum abang aku balik ni. Kalau abang aku ni balik, even mak aku takde duit pun, dia punya layanan, masyaallah. Aku pun malas nak explain. Sampai abang aku pun cakap dengan aku yang dia perasan yang mak aku layan dia bagus dari layan aku. Tu sebab la yang dekat ni busuk, yang jauh tu wangi.

Aku akui, aku ni panas baran. Kalau aku xpuas hati, memang aku sound je. Tapi sebenarnya aku stress. Mak aku tak pernah nak paham aku. Selalu jugak aku kalau stress sangat, aku akan naik moto, lepas tu akan nangis sepuas2nya atas motor tu.

Aku pernah tanya ape makanan kegemaran aku kat mak aku. Mak aku punya loading, kemain. Cuba kalau tanya makanan feveret abang n adik aku, sepantas kelajuan cahaya dia boleh jawab.

Dia selalu cakap, aku ni kuat, boleh berdikari. Tu sebab dia tak pernah risau kat aku. Tapi aku ni perempuan, aku sebenarnya hati lembut. Aku perlukan perhatian, kasih sayang. Bukan kata2 yang cakap aku ni kuattttt je. Salah ke aku mintak macam tu?  Dia mak aku. Mak kandung aku. Lain lah tu mak tiri, memang agak mustahil utk aku mintak semua ni.

Sekarang ni, aku rasa aku nak terima je tawaran kerja yang selalu aku dapat, dan aku pindah. Sekurang2nya aku tak memendam perasaan kat mak aku macam ni sekali. Dosa kat mak aku pun kurang. Tapi bila aku kenangkan sape nak bawak mak g hospital, sape nak hantar adik, sape nak buang sampah kat rumah, kalau mak tetibe sakit, sape nak hantar, aku diamkan impian aku.

Hari2 aku berdoa kat Allah supaya redhakan hati aku ni untuk terima percaturan yang Allah dah buat untuk aku. Semoga aku kuat menghadapi cabaran hidup. Tapi sumpah aku dah penat. Sumpah.

Takde sape yang nak jaga mak aku. Abang aku yang dah kawin tu, dah kena queen control. Adik aku pulak belum habis study dah cakap nak kerja jauh2. Habis aku???  Aku ni nak buat ape???

Pray 4 my determination.

Monday 27 June 2016

Insensitive *facepalm*

Assalamualaikum

Hari ni nak cakap pasal perbualan wanita. Girls talk. I'm 100 percent confirm that every girls outside have at least one 'crush' during those days. Right?

Ahaa.

Im the one of them.

And i seriously confirm ade certain 'crush' yang bagi hint bahawa mereka juga ada perasaan yg sama terhadap kita.

Auchhhhh.

Maybe at first kite ni sebagai gadis, jage perasaan kita. Okay, ape2 pon mesti nak dia yang mesej kita dulu.

Jaga ego. Tahan perasaan. Every five minutes check handphone. Ade tak die mesej ek.

Unlock hp. Damn. Tak ada mesej from him. Ada pon mesej group kerja. Hmmmm

*Malam menjelma.

*incoming message*

From him!!

Oh my. Senyum lebarlah kau masa tu. Guling2 atas katil. Then kau sedar yang ape motip kau guling atas katil.

Kau tak kan bukak mesej tu. Sebab kau akan pikir:

-" kalau aku bukak dulu, nampak sangat aku tengah tunggu msj dari dia"

Kau tunggu la at least 3 minit. Lepas tu kau bukak. Baca. 

For example:

Him:  "Sorry. Busy day. "

Kau: *tak balas dulu. Kau tunggu lagi 3 minit.

Then kau balas: *oh. Its okay. I get it"

Then kau tunggu dia reply. Kau harap yang dia akan balas yg indah2.

Tetibe, senyapp je. Kau tunggu lagi. Pun senyap je. Tak ada balasan. Tak ada tanda2 dia online.

Kau bukak fb dia. Kau bukak inbox yg kau bagi kat dia dulu. Pon tak de tanda2 dia online. So kau guess dia dah tido. Pfftttt.

Sama jugak bila kau satu hari tak mesej dia, kau beranikan mesej dia. Kau cakap:

"dah tido ke? "

Dia reply:

"baru nak tido ni"

Kau nak acah2 memahami. Tapi pada masa yang sama, kau nak perhatian dari dia. Kau pun balas:

"okay"

Kau pun punyalah tunggu dia reply. Sekali haprak. Xde nye dia reply.

So that it girls. Hidup pompuan ni memang mencabar. Kau pikir detail sangat semua benda. Padahal tak semua kena pikir detail.

Yang lelaki ni pulak, ego dia memang lagi tinggi dari pompuan. Memang selalunye dia tak kan mula kan dulu. Kalau lelaki dah ego, pompuan pon jangan la ego nak tinggi sama jugak dgn lelaki.

Never cuba2 nak bg ayat bunga2 kat lelaki. Diorang payah nak faham beb. Insensitive. Huhu

Semua tak salah. Cuma cara kita je yg membezakan macam mana nak lestarikan hubungan tu.

Rendahkan sikit ego. Bukan rendahkan maruah diri tau :D

Assalamualaikum

Wednesday 8 June 2016

Speachless

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa guys. Di saat aku taip post ni,  asyik typo je kejenye. Sebab tangan menggeletar nak buka puase. Hehe.

Hari ni aku nak cerita pasal wanita bekerjaya. Sebuk nau bekerja. Sampai masa untuk bersosial tak de?
Yes. Talk to me baby.

Dulu aku selalu tertanya kuasa dua. Ape yang sibuk sangat sampai wanita2 ni tak kawin2, lepas tu guna alasan *sibuk bekerja* untuk menepis dakwaan2 yang tak munasabah ditimpakan pada mereka.

Biase la ayat2 orang tua:

"Eh Ramona, asal ko tak kawin2 ha?  Umor dah beghape ni? "

"Hmm Siah,  Siah. Kau ni memilih sangat. Nak suami keje gomen je. "

"Nanti ni kau baru dapat anak, anak kawan2 kau semua dah masuk skola menengah"

Siot kau makcik. Aku sabit nak?

Ha, tu la ayat2 typical yang kau selalu akan dapat di kenduri2 kawin, atau terserempak kat pasar malam.

Sejujurnya aku pun pelik dulu. Same la. Ekceli aku pun kekadang guna ayat makcik2 puaka ni dalam hati. Hehe

Tapi tu semua dulu. Masa aku masih gelak2 tengok Sukjin dalam Runningman asyik kena buli je.

Nak kate kerja profesional, tak la jugak. Aku pun tak tahu dari mana datang kebusy-an aku ni. Client,  figure target dalam bank, lepas tu cara kau nak achieve target kau. Ha tu yang maybe stress.

Jujur aku cakap aku takde masa untuk bersosial. Sampai kalau aku balik cepat, cepat2 aku call kawan2 aku yang dekat, untuk keluar minum. Aku takut bila aku masa aku pack, aku takde dapat keluar dengan diorang. Cuti pun banyak aku habiskan masa dengan tengok hindustan depan tv. Mak aku paham. Lepas masak, zappppp,  terus aku depan tv.

Sekarang aku baru faham. Wanita bekerjaya itu memilih?  Tu soal yang entah ke berapa. Diorang cuma taknak bazirkan masa diorang dengan someone yang untul acah2 sweet. Diorang cari zauj untuk kenal sekali, tak lama kenal, pastu terus kawin. Penat wo. Banyak bnde nak pikir pasal kerja. Pastu nak pikir pasal perangai lelaki yang pelik2.

Aku sendiri takde masa nak whatsapp, inbox, orang yang nak acah2 romantik, nak intro. Memang takde masa. Kalau balik malam, masa kau terus dengan family. Tak pon, ko terbongkang. Tu je.

The point is, independent woman searching for matured relationship. Bukan diorang memilih or what so ever, tapi diorang takde MASA. Tu je. Takde lain. Tapi kalau ada yang lain, it depends on perangai pompuan tu sendiri. Hehe

Personally aku pun dah penat nak pikir pasal lelaki. Penat.

Eh. Nak berbuka dah ni.

Selamat berbuka puase. Solat maghrib jangan lupa. Nak lagi awesome?  Terawikh la beb.

Wednesday 23 March 2016

Dua jantina

Assalamualaikum..

Betul ke yang aku selalu dengar, kalau orang pompuan pergi bengkel untuk betulkan motor/kereta/lori, diorang akan paw kiteorang ni mahal?

Well,  aku pernah beberapa kali kena. Nasib baik aku ni suke tanye dulu. Pastu lepas tanye, aku suka tanya balik dengan adik lelaki aku. Sebab dia lg pro asbestos pasal permotoran ni.

Pastu kene marah dengan adik sendiri, sebab bila aku tanya, memang mahal giler. Pastu bila adik aku tanya sendiri, kat kedai yang sama, boleh pulak die bagi adik lelaki aku harga yang jauh lebih murah, berbanding harga yang aku tanya.

Contoh:

*tayar motor biasa (wave 125) taukeh tu paw aku rm60.

*tayar motor biasa (wave 125) harga bila adik aku yang tanya : rm40-rm35

Kau nampak betapa cekik darah owner2 yang nak pergi haji cepat ni ha.

So girls, beware. Same goes dengan betulkan kereta jugak. Kalau kau jenis bukan expert pasal pricing semua ni, seelok eloknya kau bawak la lelaki yang expert sikit bab2 ni.
Kesian wo kena tipu harga. Banyak pulak tu.

Kalau girls ni ada yang jenis memang tahu pricing2 ni semua, tak salah kalau nak pergi sendiri. Nasihat yang aku bagi ni untuk wanita yang mudah tertipu, macam aku. Ahahahahah

For owner / taukeh / abang / akak yang selalu buat aktiviti yang tak sihat ni, sudah2 lah. Kang kat akhirat mau dituntut. Hmmmm

Dah malas nak bagi nasihat panjang lebar. Dah besar dah kan. Boleh pikir.

Assalamualaikum..

Monday 21 March 2016

Live your life :)

Assalamualaikum.

Selama kite hidup setakat ni,  ada tak hari yang kita tak busy? Macam ade.. Macam tak ade..

Okay lets be clear. Aku sekarang sedang merasai pengalaman pertama aku bekerja sebagai fresh graduate. Means this is considered as my first job after i graduated. So kenelah buat kerja dengan penuh tawadhuk dan rajin sikit.

But. Allahhu. Tak semudah yang aku sangkakan. Aku letih. Banyak kerja. Barulah sekarang aku merasai kerja sebenar atau dunia sebenar dlm bidang profesionalism ni.

Tapi, by the end of the month, kau tengok gaji kau, alhamdulillah. Hilang penat lelah kau. Memandangkan aku ni tak ade hutang banyak lagi (kecuali ptptipu) aku boleh jadi kaye la. Aku g kerje pon naik motor je pun. Kerete buat mase sekarang ni tak minat. Tengoklah tahun depan. Aummm. Ahahahah.

Balik kerja mostly aku dah penat. Kerja, balik, tengok tv, makan. Berat badan aku pun makin naik. Healthy life entah kemane. Nak jogging pon dapat weekend je. Itu pun kalau tak de temankan mak ke kenduri kahwin jiran. Hmmmm. Life la sangat.

Live your life!! Seriously. Sekarang aku tengah kumpul duit untuk banyak travelling. Aku nak habiskan dalam negara, then baru terfikir nak ke India. Sekarang pun aku tengah belajar bahasa hindi. The beauty of india. Goshhh i cant wait anymore. Sabar!

Untuk permulaan, aku dah start belajar macam mana untuk dedicate myself for healthy life without fail. Which means that aku download list2 what should i consumed, how to chew properly, how to exercise constantly, how to breath easily. Those were my muse right now.

Hopefully boleh live longer and happy forever. Insyaallah.

Assalamualaikum

Sunday 28 February 2016

Jangan...

Assalamualaikum..

Jangan....

Mengapa Jangan?

Jangan Takbur nikmat.
Setiap Harta yang kita punya, ada hak orang lain kat situ.

Jadi,

Banyakkan bersedekah.
Banyakkan redha.
Belajar melepaskan.
Belajar mencintai sesama makhluk.
Belajar berkongsi.
Belajar menyimpati.

Usah takbur nikmat.
Ibarat kita naik kapal terbang, kita berlagak yang kita tak nampak orang,
Tapi orang kat bawah pun tak nampak kita.
It just same after all...

Istigfar, Solat, Doa, tawakal.

Assalamualaikum