Tuesday 28 April 2015

Kegemaran (Part 1)

Assalamualaikum

Como Estas? Kalau nak tau, itu maksudnya Apa Khabar dalam spanish. Tak gitu? Untuk pertama kalinya aku nak berkenalan dengan anda-anda semua ni, opkos la aku pon kene kenalkan diri aku ni. jadi kiranya hari ni memang hari yang indah lah untuk kita berstory morey ni. (taknak kenal takpe)

Nama: Nur Rabbiatul Addawiya
Umur: 24 (Dah tua kekkk)
Bulan lahir: September (Sweet/Bitter Sept)
Hobi: Melangok (Sape same hobi, sep sikit)
Angan-angan harap jadi kenyataan: Buka ladang ternakan sendiri (ko tengok tu rembo ke tidak aku ni)

Sememangnya manusia dicipta untuk beribadat dan patuh kepada Pencipta. tak terkecuali aku. masih struggle untuk jadi muslimah yang terbaik. Amin :)

Aku ada minat. kan ni sesi beramah mesra kan? aku pon nak beramas la dengan cerita aku ni.


Movie:

Aku memang peminat movie. tak kiralah English ke, Tamil ke, Bollywood ke, aku belasah cukup-cukup. tapi selalunya aku memang hard fans Bollywood film. Cakap je movie apa. aku boleh jawab dengan megah dan gagahnya. :D 


Antara movie feveret aku: 

Sangam


hahahaha. kemain. Tengoklah banyak kali. Tangkap leleh sey. 

Aku suka tengok citer lama2 macam ni. bagi aku cantik diorg tu natural. ada lagi satu..

Pakeezah


Ahaaaa. Movie ni pon best. Cubalah. Anda pasti teruja!

Sekarang ni memang banyak filem2 hindi. Umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan (motip). kene pilih yang elok2, sebab kebanyakan filem hindi sekarang semakin berani tunjuk aksi ranjang yang sangat teruk. (Percayalah nak, percayalah)

Sambil taip ni pon aku tengah dengar lagu hindustan. kau hade?
(Chand Sifarish- Fanaa)

Aku suka kelainan. Bende orang kurang minat, tulah yang aku minat. Lagu orang pelik nak dengar? Yes, that more I like it.






Lagu. 


Ada tak sesape yang pernah dengar lagu dari negara Lubnan? Tak pernah? You should try it!

Nancy Ajram

Nancy Ajram ni antara penyanyi paling femes kat Lubnan. Cantik, suara pon sedap. Tapi dia buat plastic surgery :D but why not kalau suara dia sedap di dengar (determination) :D

Try this:
Sumber: Youtube

P.s : Halwa pendengaran semua lain-lain. Sedap pada aku, tak semestinya sedap kat telinga korang jugak.






Elissa

Suara dia memang best.



Try This too:

Sumber: Youtube

For your information, Lubnan ni memang ramai orang buat plastic surgery. Dulu Timur Tengah pernah dinobatkan tempat buat plastic surgery yang terbaik di dunia. Tapi sekarang, tempat tu dah diambil oleh negara lain, and you know which country is that. :)


P.s sekali lagi: Halwa pendengaran semua lain-lain. Sedap pada aku, tak semestinya sedap kat telinga korang jugak.

Penat mak taip. sambung nanti boleh tak? 



Selamat tinggal bungaku...

Assalamualaikum


                                                                                                                   Yang sedang-sedang:
                                                                                                                A. Rabbiatul

No comments:

Post a Comment